12 Ciri-Ciri Individu Yang Lahir Pada Bulan Ogos

Individu yang lahir pada bulan ogos adalah menarik dan berbeza.

Individu ini mempunyai ciri-ciri yang sangat unik dan karakteristik yang jadikan mereka berbeza dari yang lain.
Berikut merupakan 12 ciri-ciri yang sukar untuk dipercayai individu yang lahir pada bulan Ogos:
1. Mereka perlukan ruang mereka sendiri
Individu yang lahir pada bulan Ogos memerlukan ruang peribadi mereka. Oleh kerana itu mereka merupakan individu yang sangat private! Mereka tidak mudah untuk terbuka dan mereka hanya bersikap terbuka bersama individu yang rapat dan dipercayai sahaja.
Mereka tidak kisah bersendirian dan mereka sangat menghargai masa apabila mereka bersendirian. Mereka mudah gelisah dan mudah melakukan kesilapan sekiranya dilihat oleh semua orang.
2. Mereka sentiasa betul!
Individu yang lahir pada bulan Ogos tidak sukakan pertelingkahan namun mereka suka untuk membuktikan seseorang yang melakukan pembohongan kepada mereka. Mereka sangat intuitif dan bagus dalam membaca orang. 9 per 10 mereka akan betul dalam mengenali anda. Jadi sekiranya anda mempunyai pasangan yang lahir pada bulan Ogos, jangan sesekali berkata bohong kepada mereka. Mudah saja mereka tahu.
3. Mereka akan menunjukkan perubahan emosi yang tiba-tiba!
Mood swing mereka ini kadangkala menjadikan mereka agak kurang ajar. Sangat sukar untuk memahami mereka ketika ini.
4. Mereka ragu-ragu untuk kongsikan perasaan mereka apabila berhadapan
Mereka lebih suka menyatakan perasaan mereka dalam penulisan berbanding face to face. Inilah sebabnya mereka adalah penulis yang fenomenal dan dapat mengekspresikan diri mereka dengan baik dalam penulisan. Mereka mempunyai skill penulisan yang bagus.
Tetapi mereka tidak menyatakan sebanyak mana mereka dalam kesakitan dan kesedihan.
Individu yang lahir pada bulan Ogos mempunyai kesukaran untuk menunjukkan kesakitan mereka. Mereka tidak selesa untuk berkongsi kesusahan mereka dan hanya menyimpan sendiri kesusahan tersebut.
5. Mereka sukar untuk dikagumkan!
Mereka mempunyai standad yang tinggi mengenai hal cinta. Mereka sangat berhati-hati dan tidak mudah jatuh hati kepada sesiapa sahaja. Mungkin ada yang mengatakan golongan ini mementingkan diri sendiri, namun mereka hanya rapat kepada individi yang layak untuk menjadi kawan mereka. Ini kerana tidak semua yang dapat bertahan dengan perangai mereka ini. Anggaplah diri anda bertuah sekiranya ada kawan rapat anda yang lahir pada bulan Ogos!
6. Mereka tidak suka bazirkan wang dan meminta juga
Mereka sangat bagus dalam kewangan mereka, jadi agak sukar untuk melihat mereka berhutang. Mereka sangat berdikari dan sebab inilah menjadikan mereka pengurus wang yang terbaik. Mereka juga tidak suka meminta wang dari orang lain apatah lagi berhutang.
7. Untuk memastikan mereka sentiasa berminat mungkin satu perkara yang sukar
Mereka mempunyai tempoh tumpuan dan minat yang singkat dan akan muncul dan keluar dari hidup seseorang ikut suka sahaja. Mereka merupakan individu yang bebas, bersemangat bebas. Jika pasangan anda lahir pada bulan Ogos sentiasa cari perkara yang meningkatkan minatnya terhadap anda. Jika tidak bye bye jelah bila dorang ni dah tak minat…
8. Degil!
Mereka sangat ego dan degil untuk memperlihatkan pada orang ramai sisi sensitif mereka.
9. Mudah menyampah dan cepat marah
Individu yang lahir pada bulan Ogos sangat bijak dan mereka tidak sukakan sesiapa sahaja yang bertanyakan soalan bodoh. Mereka juga sangat mudah menyampah dan marah. Jadi fikir dahulu sebelum bertanyakan sesuatu kepada mereka ini.
10. Mereka sangat bermotivasi
Mereka sangat bermotivasi dan sering menjaga diri mereka sendiri. Mereka sangat bertenaga dan sering mencabar diri sendiri dalam situasi yang sukar. Perkara yang menarik mengenai mereka adalah mereka tidak membiarkan kegagalan menghancurkan mood mereka. Malah mereka bersikap positif mengenainya. Sifat motivasi mereka ini membantu mereka menghadapi situasi yang sukar dalam kehidupan seharian.
Mereka sangat rajin dan pemimpin yang hebat.
Tidak kira apa, mereka sentiasa berusaha untuk dapatkan apa yang mereka inginkan. Ya, mereka sangat berdedikasi terhadap perkara yang mereka ingin capai dalam hidup.
Mereka sangat kuat dari dalam dan boleh menghadapi apa sahaja kesukaran.
Ini menjadikan mereka pemimpin yang baik, bersinar dan sangat sukakan penghargaan make.
Namun berhati-hati kerana mereka mudah beremosi dan sangat egoistik.
11. Mereka beruntung
Mereka merupakan individu yang bernasib baik dan beruntung.
Mereka mudah terkenal dan berkuasa.
Mereka merupakan individu yang mudah menjadi terkenal dan berjaya dalam hidup. Mereka mempunyai personaliti yang sangat terpengaruh serta menginspirasi orang lain untuk berjaya dalam hidup.
12. Mereka sangat bertoleransi namun jangan sesekali menekan mereka
Mereka sangat bertoleransi dalam perhubungan. Mereka menerima apa sahaja namun jangan sesekali membuatkan mereka meletup! Pernah jumpa tak individu yang lahir pada bulan Ogos meletup dan mengamuk? Mereka akan menjerit untuk merasa lebih elok dan jeritan mereka adalah paling terkuat sekali antara semua orang.
Ada yang lahir bulan Ogos ke yang sedang baca ni? Apa kata korang? Hehe