Haiwan Pertama Yang Korang Nampak Banyak Menjelaskan Mengenai Personaliti Korang

Di bawah adalah satu ilustrasi yang dapat menjelaskan bagaimana personaliti korang dan bagaimana minda korang dapat memberikan penjelasannya.
Kesemua ini, dalam satu cara atau yang lain adalah berdasarkan personaliti korang yang unik.
Ce tengok gambar di bawah, haiwan mana yang korang nampak dulu?
Untuk menjelaskan jawapannya, skrol lagi ke bawah sehingga jumpa haiwan yang korang nampak dulu.
1. Kuda
Kalau kuda yang korang nampak dulu, jadi korang adalah individu yang bercita-cita tinggi. Bebas, liar dan asli serta sering berusaha untuk berjaya. Bagi korang, kesemua ini hanyalah mampu untuk melakukan sesuatu atas kemahuan korang sendiri.
Menariknya, korang tak pernah pemalu dan semestinya korang juga bukan seseorang yang melarikan diri dari pergaduhan.
Korang jujur dan bergerak ke hadapan!
2. Ayam
Kalau ayam yang korang nampak, ini bermakna korang mempunyai ketekunan sebagai karateristik utama korang. Ingat ya, seekor ayam tidak akan berlemah lembut apabila mengenai standardnya. Ia pantas, berterusan dan bijak. Walaupun saiznya yang kecil, ia mampu melawan apa sahaja halangan yang mendatang.
Ayam dikatakan haiwan yang garang. Korang mungkin nampak lemah tapi kesanggupan korang untuk melawan tidak akan dipersoalkan.
3. Ketam
Ketam dikenali dengan cengkerang luarnya yang keras tapi isi dalam yang lembut. Jika ketam yang korang nampak dulu, jadi korang berkongsi ciri-ciri dengan haiwan ini. Luar nampak kasar tapi dalaman lembut… Hehe. Ketam dikenali dengan kesetiaannya. Jadi kalau korang lihat secara mendalam, korang tahu yang korang sentiasa setia dalam apa sahaja keadaan. Kesejahteraan orang yang korang sayang menjadi keutamaan berbanding diri korang sendiri.
Korang juga sukar untuk mengkhianati seseorang kerana korang pentingkan kepercayaan.
4. Mentadak
Apabila menjadi satu pakar dalam deria dan kesabaran, tiada apa yang dapat melawan mentadak. Ia dapat kekal tidak bergerak selama berjam-jam tanpa bosan. Kalau korang nampak mentadak, pertama sekali korang mempunyai naluri yang kuat. Korang juga sentiasa berhubungan dengan kata hati korang, yang sememangnya agak rare!
Korang sentiasa bergantung kepada keberanian diri sendiri lebih kerap daripada tidak, korang berjaya. Sama seperti mentadak, korang adalah ketua dalam domain korang sendiri – terdapat satu semangat bertempur dalam diri korang yang sentiasa membuatkan korang terus bergerak.
5. Serigala
Ha ini lah dia lone warrior yang bergerak dalam kumpulan… Serigala dikenali hidup secara berkumpulan. Namun percaya atau tidak, mereka juga adalah haiwan yang kesepian. Serigala suka merayau-rayau dalam dunia liar bersendirian tapi jangan salah anggap, serigala masih garang dan menakutkan.
Jika korang nampak serigala dulu, dalaman korang sama sahaja macam serigala. Korang boleh saja duduk dalam kelompok ramai orang, tapi personaliti korang sentiasa menyerlah. Dengan menjadi serigala ini bermakna, korang sentiasa mempunyai pengalaman yang menggembirakan dan sentiasa berasa sunyi. Tapi tak kira apa, korang dah biasa dengan dua perkara ini.
6. Anjing
Rasanya semua tahu dah ciri-ciri yang selalu dikaitkan dengan anjing: berani, setia, tidak pentingkan diri dan melindungi. Tak ramai yang ada personaliti seperti ini di dalam dunia. Kalau korang nampak anjing, ketahuilah korang antara individu ini.
Korang boleh menjadi setia, tapi korang boleh menjadi garang dalam masa yang sama. Walaupun korang tidak pentingkan diri sendiri dan penyayang, korang juga boleh menjadi seorang yang melindungi dan suka bermain.
Korang disayangi hampir semua orang yang berpeluang mengenali korang.
7. Burung helang
Kalau korang nampak burung helang, ini bermakna korang adalah seorang yang liar dan bebas. Bayangkan korang adalah salah satu pemangsa yang unggul. Korang fokus dan penuh berazam. Korang sentiasa bergerak ke hadapan dengan apa yang korang nak dan apa yang korang impikan.
Apabila berkaitan dengan keputusan yang perlu dilakukan, korang jarang untuk berubah-ubah. Sesudah korang tumpukan ke atas sesuatu, korang sentiasa cuba sehabis baik untuk mencapainya.
8. Rama-rama
Apabila mengenai kecantikan dan perubahan, rama-rama lah simbol yang paling terbaik untuk mewakili ciri-ciri tersebut. Kalau korang nampak rama-rama, jadi korang berkongsikan ciri-ciri yang sama… Elehhhh syok la tu.
Korang fleksibel. Korang dapat mengubah diri korang mengikut keperluan situasi terkini. Korang sentiasa berani untuk lakukan perkara yang selalunya sangat penting. Mungkin korang rasa susah untuk lari dari masa lampau (yang diwakili oleh kepompong), korang kemudiannya bertukar menjadi seseorang yang indah (rama-rama), semuanya kerana usaha keras yang korang lakukan.
9. Burung merpati
Burung merpati adalah simbol cinta abadi dan lebih pentingnya, keamanan. Kalau korang nampak burung merpati, korang adalah individu yang arif. Korang sentiasa tenang dan bersabar walaupun tekanan yang dihadapi sangat kuat. Korang mengajar diri sendiri untuk menerima ketenangan dan korang sentiasa tenang dalam hari-hari yang mendatang.
Walaupun untuk mendapat ketenangan dalaman adalah satu perkara yang sukar, korang berpotensi untuk dapat melakukannya. Malah korang senang je lakukannya. Tambahan lagi orang lain lihat korang sebagai satu simbol harapan.
Jadi korang nampak apa dulu? Kongsikan di ruangan komen ya